38Bahasa Malaysia
Ciri Pengecas
• Penyesuai kuasa USB (5.0V, 2.0A) dan tidak termasuk kabel USB Type-C.
• Mengecas peranti yang diperakui Qi secara wayarles.
• Disahkan mengikut spesikasi Qi 1.2.4 BPP.
• Suhu dan monitor kuasa untuk keselamatan.
• Penunjuk status LED.
Arahan penggunaan
• Sambungkan kabel USB pada penyesuai kuasa dan pada LIVBOJ.
Palamkannya ke dalam soket dinding.
• Bagi pengecasan tanpa wayar, letakkan peranti yang akan dicas di atas
tanda plus (+) di atas pengecas. Peranti mesti diletakkan betul-betul di
atas tanda plus (+) di atas pengecas agar fungsi pengecasan berfungsi
secara optimum. Sila ambil perhatian bahawa pada beberapa peranti
tetapan pengecasan tanpa wayar mungkin anda perlu aktifkan.
• Jika bateri anda dinyahcas sepenuhnya, ia mungkin mengambil masa
beberapa minit sebelum ia mula mengecas. Ini adalah sama-sekali
biasa. Anda boleh melihat bahawa bateri telah mula mengecas apabila
simbol bateri muncul pada telefon anda.
Penunjuk LED (lihat ilustrasi):
1. Kuasa hidup: LED menyala selama 3 saat.
2. Sedang mengecas: LED menyala.
3. Pengecasan selesai: LED padam.
4. Ralat: LED berkelip-kelip.